Sebelum saya menceburkan diri dalam bidang insuran dan takaful ini, saya banyak membaca, buat research dan study tentang industri ini. Terutamanya yang berkaitan dengan urusan renew atau memperbaharui insuran/takaful kenderaan ini.
Kebanyakan atau hampir semua blog mempersoalkan kredibiliti seorang ejen atau sesebuah agensi itu. Dalam hal ini, saya memang rasa terkesan kerana saya sendiri seorang ejen dan mempunyai agensi sendiri. Tetapi saya berpegang pada prinsip jujur dalam perniagaan dan atas sebab itu saya memilih "Al-Amin" sebagai nama agensi saya.
Mungkin ada yang tahu atau tidak apakah maksud "Al-Amin" tu. Perkataan ini adalah berasal dari bahasa Arab yang bermaksud - seorang yang jujur/orang yang boleh dipercayai. "Al-Amin" juga adalah gelaran untuk junjungan kita yang mulia, Nabi Muhammad SAW.
Bukan saya hendak riak atau takabbur (Semoga Allah melindungi saya dan anda dari sifat-sifat tersebut). Tetapi kejujuran adalah salah satu elemen penting yang perlu ada bagi setiap peniaga atau sesebuah perniagaan. Tanpa adanya kejujuran pasti ada pihak atau insan yang tertindas dan tertipu. Secara tidak langsung akan memberi atau mewujudkan imej dan persepsi yang tidak baik kepada semua yang terlibat dalam industri tersebut.
Saya sendiri pernah menerima whatsapp dari seorang rakan meminta saya memeriksa jumlah premium insuran kereta beliau kerana ejen yang biasa berurusan dengan beliau memberi jumlah yang berbeza dari surat yang dihantar dari pihak bank. Ternyata ejen tersebut telah meletakkan sum insured yang berbeza dari yang sepatutnya. Dalam kes ini ejen tersebut telah "over insured" kenderaan rakan saya ini. Untuk mengelakkan dari berlakunya kejadian seumpama ini kepada anda, saya sarankan anda sendiri semak sum insured kenderaan anda sebelum berurusan dengan mana-mana ejen.
Dalam satu kes yang berlainan, seorang pelanggan kami yang renew insuran dengan menghadapi masalah yang hampir serupa dengan rakan saya tadi. Kali ini sum insured tidak berubah antara tahun lepas dengan tahun ini. Tak mungkin bukan? Harga kereta pasti akan mengalami penyusutan setiap tahun. Beliau membeli kenderaan tersebut pada tahun 2013 dengan sum insured RM63,000. Bila saya periksa sum insured terbaru, sistem kami menunjukkan harga pasaran kereta tersebut untuk tahun 2014 adalah RM63,000. Saya minta dari beliau cover note lama untuk saya periksa. Malangnya cover note tersebut bukan dari syarikat insuran, tetapi dari agensi. Jadi, pastikan anda terima salinan cover note anda dalam bentuk hardcopy atau softcopy dari syarikat insuran yang anda pilih.
Jadi, apakah kesimpulan dari keseluruhan post saya kali ini? Tak semua ejen dan agensi yang tidak jujur dan amanah. Kata Sarimah dalam cerita Tiga Abdul "Dalam setandan pisang, takkanlah kesemuanya busuk" sambil menangis. Hihi.. Apa yang saya boleh katakan, berikan peluang dan kesempatan kepada kami untuk kami tunjukkan kejujuran kami kepada anda. In shaa Allah anda tidak akan menyesal ^_^
Sekian dulu dari saya, semoga kita bertemu lagi dalam post yang lain. Semoga Allah memberkati segala urusan yang telah atau bakal anda lakukan bersama kami. Aamiin..